Penyatuan Hutang, Jalan Terang: Kredit Rakyat, Solusi Pintar untuk Kebebasan Kewangan.

Pinjaman Penyatuan Hutang Khas Untuk Kakitangan Kerajaan & GLC

Penyatuan Hutang Untuk Kakitangan Kerajaan (Debt Consolidation)

Penyatuan hutang adalah teknik mengumpulkan pelbagai hutang ke dalam satu pinjaman peribadi baharu dengan kadar yang lebih rendah. Penyatuan hutang ini sesuai untuk individu yang memikul beban tunggakan hutang yang besar dan ansuran bulanan yang tinggi. Jadi, institusi kewangan akan menggabungkan semua hutang anda ke dalam satu pinjaman peribadi baharu. Anda boleh guna kalkulator pinjaman peribadi overlap kami untuk anggarkan penjimatan bila anda membuat penyatuan hutang.

Mengapa Harus Memilih Skim Pinjaman Penyatuan Hutang Dari Kredit Rakyat?

Memilih skim pinjaman loan penyatuan hutang dari Kredit Rakyat merupakan keputusan yang bijak kerana kelebihan yang ditawarkan. Antara kelebihan-kelebihannya adalah seperti berikut:

Fokus membayar satu ansuran pinjaman sahaja

Mengawasi dan membayar semua pinjaman yang ada di beberapa bank berlainan  merupakan satu perkara yang rumit. Terutamanya apabila anda terjebak dengan suatu jumlah yang menyebabkan anda terlepas dari membuat pembayaran bulanan anda. Penyatuan hutang Kredit Rakyat berperanan sebagai penyelesaian untuk membantu menggabungkan semua pinjaman anda ke dalam satu jumlah ansuran. Cara ini memudahkan anda untuk memberi tumpuan membayar satu ansuran dan menguruskan tarikh akhir pembayaran anda dengan lebih berkesan.

Mengurangkan komitmen bulanan anda

Sebab kedua mengapa anda patut menyatukan hutang adalah untuk mengurangkan bayaran ansuran bulanan anda. Apabila anda menyatukan semua pinjaman sedia ada yang berkadar faedah tinggi kepada pinjaman peribadi dengan kadar faedah lebih rendah, ansuran bulanan anda akan berkurangan. Dalam jangka masa yang panjang, anda akan membayar jumlah yang lebih rendah dan jimat pada kadar faedah.

Syarat-syarat Permohonan Pinjaman Penyatuan Hutang Dari Kredit Rakyat

Sebelum membuat keputusan untuk menyatukan hutang, anda perlu ketahui dan pertimbangkan beberapa faktor penting. Pastikan anda membuat penilaian untuk memastikan pinjaman peribadi akan memperbaiki kedudukan kewangan anda. Penilaian ini penting untuk memastikan keadaan kewangan anda akan semakin baik, bukan sebaliknya.

  • 1
    Warganegara Malaysia

    Warganegara Malaysia

    Pemohon hendaklah berstatus Warganegara Malaysia

  • 2
    Kakitangan Kerajaan

    Kakitangan Kerajaan

    Kakitangan kerajaan, badan berkanun atau GLC yang terpilih (kecuali Anggota Tentera)

  • 3
    Status Kewangan

    Status Kewangan

    Pemohon hendaklah menilaikan status kewangan mereka

  • 4
    Tempoh Pekerjaan

    Tempoh Pekerjaan

    Jawatan tetap dan bekerja sepenuh masa

Pembezaan Antara Penyatuan Hutang dan Penstrukturan Semula Hutang

Penyatuan hutang dan penstrukturan semula hutang mungkin nampak lebih kurang sama, tetapi kedua-dua pilihan pembiayaan ini ada sedikit perbezaan. Apabila anda memilih untuk menggabungkan hutang, anda akan menandatangani dokumen pinjaman baharu dan mendapatkan akaun pinjaman baharu. Jadi, pembayaran bulanan pinjaman anda akan dipindahkan ke dalam akaun yang baharu. Jumlah semua pinjaman yang telah digabungkan akan menjadi jumlah bagi pinjaman yang baharu.

Dalam terma yang lebih mudah, ini bermaksud bahawa anda menggunakan wang daripada pinjaman peribadi baharu anda bagi menyelesaikan hutang sedia ada. Untuk memastikan pembayaran balik pinjaman berada dalam kemampuan anda, kadar faedah bagi pinjaman yang digabungkan sekurang-kurangnya mestilah lebih rendah daripada kadar purata pinjaman yang sedia ada anda. Jadi, pastikan anda memilih pinjaman yang menyediakan kadar yang mampu anda bayar untuk melakukan penyatuan hutang. Jika anda adalah seorang penjawat awam, anda boleh memohon penyatuan hutang dengan kadar serendah 2.95% setahun daripada bank dan koperasi terpilih di platform pinjaman Kredit Rakyat.

Mohon Pinjaman Penyatuan Hutang untuk Kakitangan Kerajaan Atas Talian Sekarang

Jika anda ingin memohon penyatuan hutang Kredit Rakyat, sila ikuti tiga langkah mudah di bawah:

1

Senaraikan semua hutang sedia ada anda

Senaraikan semua hutang terkini yang anda ada. Pilih hutang yang anda ingin satukan. Semak kadar faedah, tempoh pinjaman dan baki tertunggak.

2

Lakukan pengiraan mudah

Merujuk kepada contoh yang telah kami tunjukkan sebelum ini tentang Aiman. Andaikan Aiman mempunyai: (Rujuk jadual dibawah)

3

Mohon dengan bank/pemberi penyatuan hutang yang dipercayai

Jika anda memilih pinjaman peribadi untuk membayar hutang, semak dengan bank bagi mendapatkan pinjaman termurah yang sesuai dengan anda.
Perbezaan
Pinjaman
Kad Kredit
Amaun
RM10,000
RM10,000
Kadar Faedah
8% Setahun
18% Setahun
Tempoh Pembayaran
3 Tahun
2 Tahun
Jika anda mencampurkan kadar faedah pinjaman peribadi (8% + 18%), purata faedah menjadi 13% setahun. Penyatuan hutang berbaloi jika kadar faedah pinjaman baharu anda lebih rendah daripada 13%. Dalam kes Aiman, faedah pinjaman baharu mestilah kurang daripada 13% agar pembayaran hutang Aiman lebih sedikit dan menjimatkan.

Contoh Jadual pengiraan Mudah

Secara kesimpulannya, Kredit Rakyat merupakan pilihan yang baik untuk mendapatkan pinjaman penyatuan hutang yang patuh syariah. Dengan pelbagai jenis produk dan kelebihan yang ditawarkan, Kredit Rakyat adalah pilihan yang sesuai untuk membantu memenuhi keperluan kewangan anda.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau bantuan, sila hubungi kami melalui telefon atau WhatsApp di nombor 014 704 7275 atau emailkan persoalan anda ke [email protected].

Soalan Lazim untuk Penawaran Pinjaman Penyatuan Hutang di Malaysia

Bilakah masa terbaik untuk buat Penyatuan Hutang?

Jika anda seorang yang sering terlepas bayaran ansuran bulanan , mungkin tiba masanya untuk memohon perkhidmatan penyatuan hutang. 

Selain itu, jika anda sering terbeban dengan pelbagai jenis hutang seperti membuat pembayaran minimum untuk kad kredit, penyatuan hutang juga boleh membantu mengelakkan faedah yang tinggi dalam jangka masa panjang.

Apakah kelebihan Pinjaman Peribadi Penyatuan Hutang Bank?

Satu Saluran Pembayaran

Kelebihan utama penyatuan hutang adalah anda tidak perlu lagi mengawasi dan membayar hutang-hutang anda di beberapa bank berbeza. Anda hanya perlu fokus kepada satu bayaran ansuran sahaja. Ini dapat menjadikan proses penyelesaian hutang anda lebih mudah.

 Jimat Kadar Faedah

Jika anda sedang membayar pelbagai jenis pembiayaan dengan pelbagai kadar berlainan, anda hanya perlu bayar satu hutang dengan satu kadar faedah tetap. Dengan penyatuan hutang, kadar faedah boleh menjadi lebih rendah daripada gabungan kadar faedah pelbagai jenis hutang yang sedia ada.

Ansuran bulanan lebih rendah

Jika anda mempunyai pelbagai komitment ansuran bulanan, menggabungkan kesemua pembiayaan kepada satu boleh membantu mengurangkan ansuran bulanan yang perlu dibayar dan memudahkan proses penyelesaian hutang.

Apakah kelemahan Pinjaman Peribadi Penyatuan Hutang Bank?

Tempoh Bayaran Yang Panjang

Apabila mengambil pinjaman peribadi untuk menyatukan semua hutang, ansuran bulanan boleh dijadikan lebih rendah daripada apa yang anda bayar sebelum ini. Tetapi ini juga akan menyebabkan tempoh pembayaran balik hutang anda menjadi lebih panjang.

 Tidak menghapuskan hutang

Penyatuan hutang tidak menghapuskan hutang, sebaliknya ia mengumpul hutang-hutang tersebut menjadi satu pembiayaan peribadi yang baharu. Walaupun pinjaman tersebut mempunyai ansuran bulanan atau kadar faedah lebih rendah, anda masih perlu bayar balik hutang tersebut.


Kemungkinan permohonan ditolak

Ada kalanya, permohonan penyatuan hutang anda mungkin ditolak. Perkara ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti skor kredit atau kesihatan kewangan anda. Oleh itu, penting untuk anda untuk semak skor kredit anda melalui laporan CCRIS (Central Credit Reference Information System), sebelum memohon sebarang pinjaman.

Berapa lamakah proses permohonan dan kelulusan penyatuan hutang ini?

Proses permohonan biasanya mengambil masa beberapa hari, manakala kelulusan boleh didapati dalam tempoh yang sama jika semua dokumen yang diperlukan lengkap dan memenuhi syarat-syarat permohonan.

Kredit Rakyat